Saturday, March 16, 2013

Apakah faedah penyusuan badan?

Setiap ibu-ibu pasti mahu membuat yang terbaik untuk zuriatnya kan...apatah lagi bila ibu boleh teruskan penyusuan susu ibu sedari anak lahir hingga berusia 2tahun...itu la cita-cita dan target kita untuk si manja kita...dan semua ini tiada yang mustahil selain dari diri kita sendiri....dan ibu-ibu perlu faham konsep serta mencari ilmu sebanyak mungkin tentang dunia penyusuan ni..rajin bertanya dan "mr.google" seandainya kita tak faham..atau  tanya pada kawan-kawan kita yang dah melalui semua ni...apakah kita faham tentang faedah dan khasiat penyusuan badan???

APAKAH FAEDAH PENYUSUAN BADAN???

Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya.

Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi.

Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga.



Set Penyusuan Susu Ibu
Faedah Penyusuan Susu Ibu

Begitu HEBATnya PENYUSUAN ni -->>

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.

Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya.

Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar.

Kan....Hebatkan penyusuan susu ibu ni...RUGI sangat bila kita yang ada peluang untuk menyusukan anak di sia-sia kan kerana RASA SUSAH @ KURANG pengalaman...Penyusuan susu ibu ni SANGAT-SANGAT mudah seandainya kita yang ni pandai serta mencari ilmu yang kini banyak peluang serta informasi.. ^__^


Dan dengan senang hati..saya sentiasa berkongsi ceritera dengan semua..
boleh je cari saya kat blog# fb # whatsapp # call # sms


1. LIKE fanpage  | Kedai Vitamin  |
    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb | Linz Shopee  |

3. SMS/ Whatsapp saya | 017-5836865 |
4. Email | admin@ibuvitaminshop.com  | dinzlin@ymail.com |

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease..


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger