Sunday, June 24, 2012

Pengalaman & Tips Turunkan Berat Badan Secara Sihat

Alhamdulilh....
Para ibu sering tertanya2 dan inginkan berat badan kembali langsing seperti anak dara kan...tp ada anak dara yg nak kelainan lepas berkahwin atau selepas bersalin...Setiap orang ada keinginan tersendiri...tetapi saya tahu RAMAI yang nak kembali langsing lepas bersalin... pengalaman saya dulu berat badan naik mencanak2 dari 43kg ke 69kg time preggy...tapi lepas bersalin dan anak semakin membesar..berat saya turun ke 46kg semula...tips??? saya df/bf kan anak dan sudah tentu vitamin shaklee banyak membantu..tapi lain orang lain cara nye kan....ada yg berat badan perlukan masa untuk turun atas sebab2 lain...yang penting...USAHA, SEMANGAT, KEYAKINAN dan KONSISTEN dari diri anda sendiri...ini pegalaman saya...kat bawa entry saya ni pula pengalaman dia...BAGI saya TIADA yang mustahil untuk kita CAPAI target kita...VITAMIN/ SUPPLEMENT ini hanya membantu anda..tapi TANPA usaha anda...akan jadi sia-sia sahaja...jangan mudah putus asa...ORANG LAIN BOLEH ...KENAPA TIDAK ANDA.. :) 

Testimoni dan Credit to Nor Hasmah



Tips Turunkan Berat Badan Secara Sihat


Salam...
Ramai yang bertanya saya bagaimana saya boleh turunkan berat badan dan apa yang saya makan untuk dapatkan berat badan yang ideal dengan ketinggian saya..





Selain dari amalkan HERBLAX SHAKLEE dan LECITHIN SHAKLEE ada tips lain yang saya ingin kongsikan disini..memang pada mulanya agak sukar untuk saya lakukan..tapi jika kita mahu berubah sudah tentu ianya menjadi sesuatu yang mudah dan indah.. ;)
1. Hindari makanan berlemak dan kurangkan karbohidrat.
Makanan berlemak adalah musuh utama saya sewaktu proses diet berjalan..makanan seperti masak lomak cili api memang saya stopkan dulu, selain KFC dan PIZZA juga kene stop ye..makanan karbohidrat seperti nasi kene kurangkan..memang makanan ruji rakyat malaysia terutama orang melayu susah nak tinggalkan nasi..tapi kalau dah biasa tak kan jadi masalah..Untuk menu makan tengahari kalau nak makan nasi boleh tapi nasi lebih kurang 1/3 dari pinggan kecil ye..yang 2/3 adalah lauk dan lebihkan sayur.

2. Kurangkan gula dalam minuman anda.
Cuba untuk kurangkan minuman manis...terutama sekali minuman dalam tin yang memang kita sedia tahu bahawa manis dan sedapkan..hadkan jumlah kalori anda setiap hari..apa kata anda jadikan AIR MASAK sebagai teman setia..air masak mampu meningkatkan metabolisma badan kita..jumlah air masak yang saya minum setiap hari wajib 3liter..

3. Makan minima 3kali sehari
Jangan skip meal jika anda ingin diet..makan ikut jadual..sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam (sebaik2nya sebelum pukul 7malam). Nasihat saya kurangkan makan,tapi boleh makan kerap..jika kita makan kurang dari 3kali sehari akan menurunkan kadar metabolisma kita dan proses pembakaran lemak akan menjadi lambat, makanya jangan anggap kita makan 2 atau sekali sehari berat badan boleh turun dengan cepat ye..

4. Makan 3jam sebelum tidur.
Adalah menjadi kesalahan mengambil makan malam kurang dari 3jam sebelum tidur..makanan yang anda makan kurang dari 3jam sebelum tidur tidak dapat diproses sewaktu tidur dan akan menyebabkan makanan bertukar menjadi lemak, ini adalah kerana metabolisma badan kita akan kurang bekerja sewaktu kita tidur. Cubalah amalkan lepas makan terus tidur tak payah lamalah dalam 2minggu je anda akan dapat hasil babat2 yang tak indah disekitar perut anda nanti..hehe..

5. Banyakkan makanan rebus dan sup.
Meehoon sup akan menjadi menu wajib saya setiap hari sepanjang proses diet saya..kadang-kadang saya akan tukar menu kepada meehoon tomyam atau sup sayur..makanan rebus yang pastinya sangat bagus sebab ia kurang minyak..kurangkan makanan bergoreng..nampak macam susahkan..tapi kalau dah menjadi kebiasaan tak jadi masalah pun..kalau saya rasa lapar saya akan kunyah buah epal hijau atau makan biskut dan banyak minum air masak..

6. Bersenam atau Aerobic
Bersenam pada mulanya saya cuma main skipping dan hullahoop je kat rumah..memang berpeluh..saya tak buat hari-hari..seminggu 3kali dan 1jam setiap sesi dah cukup..Aerobic yang banyak membantu saya untuk kekal fit dan sihat..saya suka aerobic..hehe..

7. Tidur dan rehat yang cukup.
Tahukah anda kita wajib tidur 6-8jam sehari..masa tidur ni lah kita akan berehat dan jika anda nak turunkan berat badan jangan kurang tidur dari 7jam..itu yang cikgu aerobic saya bagi tau..

8. Kawal nafsu makan.
Ini adalah yang paling susah untuk saya lakukan masa permulaan diet saya..kalau sebelum ni saya adalah kategori yang kuat makan..lagilah saya menyusukan anak dan boleh kata saya sentiasa lapar..tapi bila genap je Haikal 2tahun dan saya pun dah tak pam susu lagi time keje jadi saya berani untuk diet..mula-mula nak kawal nafsu makan memang susah tapi bila dah biasa tak jadi masalah lagi..Alhamdulillah saya berjaya dapatkan berat ideal dengan ketinggian saya lebih kurang 6bulan..yang penting keneNEKAD,SABAR dan USAHA kene seiring.. 

* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.


Maklumat lanjut boleh ke sini....
1. LIKE fanpage  | Ibu Vitamin e-Shop  |

    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb | Linz Shopee  |

3. SMS/ Whatsapp saya | 017-5836865 |
4. Email | admin@ibuvitaminshop.com  |

Friday, June 22, 2012

Tips berpuasa tanpa mengganggu pengeluaran susuibu.

Alhamdulilh....
Begitu cepat masa berlalu...tanpa disedari kini sudah menjelang Syaaban. Tidak lama lagi Ramadhan akan menyusul. Moga kita mempunyai jodoh dengan Ramadhan yang penuh barakah.
Ramai customer saya terutama golongan ibu menyusu telah mula mempersiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan. Tidak kurang yang bertanya, apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan pengeluaran sentiasa terjaga.

Apa yang boleh saya sarankan ialah...memandangkan kita mempunyai lebih kurang sebulan lagi untuk menemui bulan Ramadhan, ibu2 yang menyusu boleh melatih berpuasa mulai sekarang sama ada niat ganti atau niat puasa sunat. Contoh yang mudah difahami...cuba berpuasa Isnin , Khamis dan Jumaat terlebih dahulu. Ini untuk melatih tubuh kita bersedia dengan lebih baik khususnya bulan Ramadhan. Latihan ini membantu agar badan kita mudah 'tune' dengan keperluan penghasilan susuibu walau dalam keadaan berpuasa sebenar nanti. Waktu yang sama kita boleh berusaha memantapkan minda dan kekuatan rohani menjelang Ramadhan.

Benarkah puasa boleh membuatkan pengeluaran susu berkurang?





Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI terutama jika si ibu memastikan perkara berikut dilakukan. Tips mudah ini nampak mudah namun untuk dapatkan hasil pengeluaran yang berterusan si ibu perlu istiqamah.

a. Memastikan ibu minum sekurang-kurangnya 1-2 liter bermula dari jam 8 pm sehingga waktu sahur   [ hari sebelum berpuasa]

b. Memastikan bangun sahur dan mengambil makanan yang membantu ibu bertenaga sepanjang hari. Nasi berlauk, sayuran dan buah , sedikit kurma dan air glukos jika ada.

c. Ibu tetap mengepam dengan konsisten di pejabat. Elakkan mempunyai sesi perahan yang lama iaitu melebihi 3 jam kerana ini akan menyebabkan hormon prolaktin menurun.

d. Amalkan berbuka dengan makanan yang seimbang, lengkap dengan sayur dan buah. Ibu perlukan makanan yang membantu membekalkan tenaga.

e. Memandangkan adakala kita makan sedikit sahaja ketika berbuka, maka pastikan selepas solat terawih, kita mendapatkan makanan yang seimbang pada ketika moreh.

f. Banyakkan berdoa dan solat sunat sepanjang berpuasa , semoga rezeki anak kita sentiasa melimpah dan dirahmatiNya. Sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua.


Perlukah si ibu mengambil supplement?







Jawapannya, bergantung kepada si ibu sendiri. Tiada paksaan dan ianya bukan satu kewajipan sama sekali.

Jika si ibu mampu melaksanakan perkara yang disarankan di atas dan mendapati tubuhnya tetap bertenaga dan mampu melaksanakan tugas harian dengan baik, maka tidak perlu mengambil supplement.

Ibu yang memerlukan supplement ialah ibu yang mendapati dirinya lemah longlai, tidak bertenaga, mudah moody dan keletihan sehingga tidak dapat melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri di rumah. Namun ada juga golongan yang tetap mengambil supplement walau mempunyai kesihatan fizikal yang baik atas sebab mahukan stamina yang berterusan.

Bagi saya secara peribadi, jika nak amalkan supplement...ia adalah hak individu. Tiada siapa yang lebih memahami diri kita kecuali kita sendiri. Jika kita sihat dan tetap nak amalkan supplement, tidak salah kerana kita memegang pada prinsip dalam tawakal perlu ada usaha. Ia sebagai satu usaha agar badan kita bertahan terutama bagi ibu yang menyusu.


Rukhsah ibu mengandung dan menyusu 


Rukhsah itu merupakan kelonggaran yang diberikan ke atas beberapa golongan atas alasan yang tertentu.

Dari Anas R.A.:
“Rasulullah S.A.W bersabda ‘Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat puasa orang yang bermusafir (bole berbuka) dan telah mengurangkan solatnya (qasar), dan diangkat puasa(boleh berbuka) orang yang hamil dan menyusukan anaknya.”
Jika si ibu mendapati susunya semakin berkurang ditambah tiada stok yang menanti di rumah, maka disarankan menggunakan rukhsah iaitu dengan berbuka namun perlu menggantikan puasa tersebut serta membayar fidyah.
Begitu juga bagi ibu yang hamil, jika mendapati puasa itu boleh mengganggu kesihatan ibu dan bayi, diharuskan berbuka dan menggantikan puasa beserta fidyah.
Walau bagaimanapun bagi ibu menyusu, tidak layak mendapat rukhsah tersebut sekiranya si ibu :
1. mencampurkan susu formula kepada si anak selain susuibu
2. mempunyai stok susuibu yang banyak.
Islam itu agama yang indah. Ia tidak menyulitkan malah memudahkan. Maka bagi ibu yang berpuasa, hanya kita yang tahu kekuatan kita.
Dekati ALLAH kerana DIA sebaik2 pemberi rezeki. Moga kedatangan Ramadhan membawa seribu kenikmatan dalam beribadah.
JOM AMALKAN PRODUCT YANG DARI ALAM SEMULAJADI TANPA RAGU2...
Credit to; Kak Norita 
1. LIKE fanpage  | Ibu Vitamin e-Shop  |
    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb | Linz Shopee  |

3. SMS/ Whatsapp saya | 017-5836865 |
4. Email | admin@ibuvitaminshop.com  |

Wednesday, June 20, 2012

Menyusukan Anak Bukan Alasan Tidak Berpuasa…Jika…


Credit ori to ; Azrin Mohd

Ya, ada jika…Jika anda mampu… Walaupun di beri rukhsah dibolehkan tidak berpuasa, namun jika  ’mampu’ apa salahnya kita berpuasa :) Saya percaya ramai ibu yang mulai gusar bila masuknya bulan Rejab ni. Risau tak dapat berpuasa dan risau jika berpuasa tak dapat nak susukan anak.
Alhamdulillah, sudah 2 x Ramadhan saya berpuasa first dalam preggy dan second menyusukan hero saya dan alhamdulillah tanpa sebarang masalah. Masalah susu! Takde. Penat, dahaga tu biasa lah..dah namanya puasa kan..Saya bersyukur sangat-sangat dapat menjalankan ibadah puasa dan juga menyusukan hero saya  tanpa sebarang masalah..

Tapi ada caranya tau untuk tidak berlaku kekurangan susu..Kalau anda nak tahu kena la pm saya di Linz Shopee or sms saya 017-5836865  dan saya akan beritahu rahsianya.. Wah! Rahsia…. :)

Ini apa yang saya ambil sepanjang Ramadhan, 



haaaaa..ni la sebahagian rasiah saya....set triple gem ni sngt membantu saya dari segi penyusuan dan penambahan makanan saya seharian tau...jan taktau...BEST sngt SET TRIPLE GEM ni...badan rasa bertenaga, cantik??? of coz la..sbb ESP bt kulit GEBU dan ANJAL tau....jom baca kelebihan ni...

Info TRIPLE GEM= (PERISAI BULAN PUASA SAYA)

ESP - ENERGIZING SOY PROTEIN
- Makan protein yang mencukupi adalah penting kepada pembentukan bayi kerana protein penting untuk pertumbuhan sel dan penghasilan darah bayi. Ia juga penting untuk pertumbuhan dan fungsi tisu plasenta, amnion dan tisu ibu. Anda perlu mengambil kira-kira 60 gram protein setiap hari semasa hamil --- kira-kira 10 gram lebih daripada apa yang anda harus makan. Makanan yang kaya dengan protein termasuk daging tanpa lemak, telur, keju, ikan, susu dan kacang.

ESP ni bertindak sebagai energy booster dan bagi kita rasa kenyang. Selain tu, bagi bf moms, ESP ini sangat membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu badan. Memang best!


MEALSHAKE
* Pemakanan semulajadi yang baik n rasa hebat. Tanpa bahan tiruan, warna, pemanis atau pengawet ditambah ..
* sarapan segera sihat
* hidangan yang lazat, murah
* tambahan hidangan pemakanan yang dibungkus
* makanan ringan dikesan bila-bila masa
* makanan yang sesuai untuk mereka yang menonton berat badan mereka atau mengawal kolesterol jumlah lemak dan natrium

PERFOMANCE DRINK
* Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
* Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
* Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
* Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

So you all.. amacam? Berminat? Apa lagi.. jom contact saya..

1. LIKE fanpage  | Ibu Vitamin e-Shop  |
    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb | Linz Shopee  |

3. SMS/ Whatsapp saya | 017-5836865 |
4. Email | admin@ibuvitaminshop.com  |




Sunday, June 17, 2012

Product TERBARU ~~Gunakan tanpa was-was..

Wah... baru je tadi saya post kat Facebook saya tentang dua produk baru Shaklee, dah ada kawan nak beli.... Produk ni baru masuk Malaysia... memang teruja habis.... bukan kata kawan2 or customer, saya sendiri rasa teruja... nak beli utk hubby, parents dan of course diri sendiri nak rasa... ho yeahhh..selama ni memang dengar mcm2 jenis kolagen.,tapi was2 .. tapi bila Shaklee sendiri keluarkan produk kolagen... terus saya konfiden.. yelahkan.. sbb dah memang percaya dan yakin dgn produk jenama ni yg dah lebih 50thn di pasaran..selamat, berkesan, mesra alam..InsyaAllah...
Credit to mamafaiz









Shaklee Collagen Powder (1box:15sachets)
>>Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.
Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90% Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75% Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71% Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69% Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60% Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55% Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54% Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50% Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan

Faedah tambahan :: menyokong KESIHATAN SESENDI & MENGUATKAN TULANG. Bantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.

So you all.. amacam? Berminat? Apa lagi.. jom contact saya..

1. LIKE fanpage  | Ibu Vitamin e-Shop  |
    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb | Linz Shopee  |

3. SMS/ Whatsapp saya | 017-5836865 |
4. Email | admin@ibuvitaminshop.com  |

Saturday, June 16, 2012

20 hot tips utk kempiskan perut lepas bersalin


Credit mamafaiz; 

Best plak jumpe tips ni tadi kat blog ada sorang bloggers ni.... (credit to ayu)....jom baca 20 hot tips utk kempiskan perut lepas bersalin...

1. Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah ketiga2 bahan ini dikisar dan dperah airnya utk diminum ..amalkan 2x sehari..insyaAllah badan beransur langsing dan menarik
  • Dua biji lobak merah dipotong
  • Sebiji mentimun segar,
  • Sebiji limau nipis,
2. minum air suam tak minum sejuk.
3. elakkan mengambil mkanan yang bergoreng dan berlemak.
4. minum jus pengaga tiap2 pagi.
5. Bengkung 2x seminggu (malam sahaja) ---> selepas kembali bekerja.
6. Untuk mengelakkan perut dari mengelembir maka, boleh buat sits up sebanyak 50 - 100x waktu pagi2.
7. minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain.
8. Pastu bersihkan perut dgn air suam untuk bukak liang2 roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sireh. paling cantik kalau baru deliver (belum sampai 6 bln) sebab perut tengah lembut.
9. makan yogurt 3 kali sehari.. pilih low fat yg kurang gula.... sekali makan, 1 bekas kecik yang biasa jual tu... sebab kata org dia bantu penghadaman (dan lain2 khasiat)... jangan lupa cari yang ada live culture atau kultur hidup.... yogurt ni boleh gak tampung keperluan kalsium utk ibu menyusu... so ok la kan... 2 dalam 1....
10. kurangkan minum during eating and kalau minum make sure warm and plain water and minum sikit2 cos nanti lemak makanan susah hadam. after half hour baru minum byk.
11. Sebenarnya hal2 pengempisan perut ini seelok-eloknya dibuat semasa dalam pantang. Barut perlu digunakan selama 44 hari atau sepanjang pantang terutama sebelum makan. Ini adalah kerana pada masa dalam pantang urat-urat semuanya kembang. Bila tak dijaga dengan baik semasa pantang, perut akan terus membuncit sebab urat2 x kecut dengan sempurna.
12. BELLY DANCING. sambil senaman boleh menghiburkan hati. buat la sendiri2 dlm bilik tidur or shower.
13. nak kempiskan perut paling sempoi dan menyeronokkan anda dan anak anda.sambil baring ,bengkok kan kaki ..letak anak kat kaki tu..pas tu angkkat kan baby tu pakai kaki buat selalu confirm perut boleh flat...and enjoy...
14. ...Untuk perut bahagian atas:-baring atas katil,bengkokkan lutut ,pastu angkat kepala dan badan selari/serentak setinggi yang boleh pastu tahan dalam kiraan 8..Ulang 8 kali 1 sesi .Untuk Perut bahagian bawah(area rahim)-ni yang paling susah lemaknya nak dibuang...baring kaki diluruskan pastu angkat kaki keatas(badan akan jadi bentuk L kalau di lihat dari tepi)...Ulang 10-20 kali satu sesi..Buat setiap hari sebelum tidur..Pasti perut kita flat walaupun berbadan gempal...Tujuan senaman ini untuk mengetatkan otot perut supaya perut tak melendut/mengeleber/berlipat...
15. jangan mandi lepas mkn. nanti suhu badan sejuk and penghadaman kurang efectif.
16. bagun pagi the first thing yang boleh buat ialah minum plain water. tak tau apa kebaikan tapi buat since ramai bagi that tip. mungkin so that body tak terkejut sgt kut. siap ader yg bagi tip minum b4 berus gigi.
17. kunyah very slow. so badan tak penat nak process food yg besar2.
18. this one sangat2 penting. pastikan makan at least 4 hrs b4 go to sleep. obvious reason is makanan tak sempat digest b4 that.
19. jangan lupa plak untuk exercise. tak kira la apa2 pun..boleh juga berjogging di kala hujung minggu, berbasikal (tak kira kat dlm rumah atau di luar rumah), naik tangga turun tangga (pun dikira exercise juga) n pada yang surirumah tu, sibukkan diri anda dengan hal2 di rumah..pun dikira exercise juga...sapu sampah, mop lantai, bersihkan bilik air , bla..bla..bla..banyak kan kerja kat rumah..kalau hari2 buat, tu pun dikira exercise juga tu.. lagi best, senang tak payah keluar belanja untuk pergi gym
20. breastfeed baby...

selamat mencubaaaa..sebab saya pun nak praktikkan gak aa..dulu mmg rajin buat sit up mmg nampak ketara kalo rajin buat sit up ni..tapi lama2 terlebih mkn vitamin M (malas)..tu yg jadi lemak tu bertimbun balik hhehe..... jom amalkan tips ni yer

Rahsia Vitamin-E???..7 sebab kenapa wanita perlukannya..especially yg pentingkan kecantikan

Banyak dah saya share rahsia kat blog ni yer.. Rahsia ESP..rahsia Alfalfa..Rahsia segala vitamin...hmm..harini nak share rahsia Vitamin E plak...

JOM BACA 7 RAHSIA VITAMIN E



1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.
Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Rahsia lain... Vitamin E juga membantu mengurangkan strecth mark... ni kata mommy icha~.."baru-baru saya ada update kat Facebook yang makan vitamin E boleh hilangkan stretchmark masa mengandung. ye memang betul pun... saya tak tipu.. malah saya tak sapu apa-apa krim pun tau kat perut saya (sebab malas). stretchmark tu memang sangat pudar di perut saya, cuma yang jelas garisan linea.." negra tu
Credit mamafaiz



1. LIKE fanpage  | Ibu Vitamin e-Shop  |
    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb | Linz Shopee  |

3. SMS/ Whatsapp saya | 017-5836865 |
4. Email | admin@ibuvitaminshop.com  |

Thursday, June 14, 2012

Tips Cepat Hamil Dengan GLA Complex


Ramai pasangan samada yang baru berumahtangga, atau dah lama berumahtangga tanpa cahayamata, tercari2 tips cepat hamil. Sejak GLA Complex dikatakan salah satu cara cepat hamil, ramai yang mencari2 tips cepat hamil dengan GLA Complex.

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?
GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.
Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. NAmun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezekia anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.
Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur.

kredit: vitaminsemulajadi.com
kredit to: DazlingMoms.com





1. LIKE fanpage  |Ibu Vitamin e-Shop  
    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)
2. PM saya di fb,| Linz Shopee 
3. SMS/ Whatsapp saya di |017-5836865
4. email | admin@ibuvitaminshop.com






Wednesday, June 13, 2012

Apa itu Carotomax dan Testimoni Carotomax


Karatenoid untuk Perlindungan UV dan Penghidratan Kulit.

Karotenoid baisanya terdiri daripada pigmen merah dan kuning tumbuh-tumbuhan termasuk beta karotena, karotena alfa, lutein, xeaxanthin dan likopena.  Karotenoid penting untuk perlindungan cahaya UV, penyenggaraan dan pembaikan tisu kulit.  Kekuranganya boleh mengakibatkan kulit kering dan bersisik.  Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam journal of nutrition pada 2003, para penyelidik mendapati sama ada beta karotena atau supplement karotenoid campuran mampu mengurangkan sinaran UV yang menggalakkan kemerahan kulit selepas 12 minggu berbanding placebo.  Dalam penyelidikan lain, para penyelidik mendapati supplement oral lutein dapt mengurangkan hidrasi kulit sebanyak 38%, meningkatkan keanjalan kulit sebanyak 8% dan mengurangkan oksidasi lipid sebanyak 55% jika dibandingkan dengan satu placebo selepas 12 minggu.



TESTIMONI : Penglihatan Semakin Baik Dengan CarotoMax


Jom kita baca sendiri pengalaman Che Lin dengan CarotoMaxnya...jika anda, suami, mak, ayah atau adik-adik mahupun anak-anak anda yang mengalami masalah penglihatan..tak salah kita mencuba untuk menambah baik tahap penglihatan orang yang kita sayang..tak gitu?? (^_-)..credit to Che Lin.

Saya seorang yang rabun jauh dengan power spek beratus-ratus la jugak. pendek kata kalau tak bercermin mata tuh, memang sume nampak blur. kalau ada orang berada berdekatan sekitar 3,4 meter tuh, kompem tak nampak bijik mata dia. nampak bulat hitam je sekitar mata cam mata panda tuh. hehe~

Pertengahan february tahun lalu, saja la saya mencuba carotomax sementelah mengikut review, ianya baik untuk kesihatan mata. alhamdulillah selepas dua minggu consume carotomax ni, penglihatan agak baik daripada biasa. kalau sebelum ni, saya langsung tak nampak bunga pada langsir dalam bilik kalau berbaring atas katil. warna bunga dan tanah lebih kurang sama. yang membezakannya cuma bunga tu bunga timbul. tapi selepas ber-carotomax, saya boleh nampak bunga tersebut. siap pi bangun pegi kat langsir sebab tak caya. hehe~ memang sangat teruja lah nak ngabihkan botol yang pertama sebabnya selain daripada jarak penglihatan tanpa cermin mata bertambah baik, jeragat di muka pon semakin berkurangan. \(^-^)/

Masa balek ke kampung last week,


"mak rasa mata makin elok la. sebelum ni, kalau tengok lampu nampak pecah-pecah je. lepas makan vitamin A ni (carotomax), takde pecah-pecah dah."

alhamdulillah. seronok dengar my mum dah jatuh chenta ngan carotomax. siap nak belikan untuk dua orang adik saya yang speckie itu :)


Kenapa kita memerlukan Vitamin A @ Carotomax ini?

Carotomax aka vitamin A ini secara umumnya boleh membantu:-

  • kesihatan retina mata → mengurangkan rabun
  • kesihatan tulang
  • kesihatan tisu kulit → patutlah Che Lin cakap jeragat dia semakin hilang!
  • pembentukan sel darah putih dan sel darah merah
  • pembentukan membran mukus
  • mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat
Dengan kehadiran vitamin A, dapat membantu meningkatkan kesihatan tisu kulit dan membran mukus badan kita yang mana kedua-duanya merupakan lapisan awal pertahanan badan daripada jangkitan penyakit dari luar. Selain daripada itu, vitamin A juga membantu dalam pembentukan sel darah putih yang turut membantu memberi pertahanan dalam badan dari jangkitan sebarang penyakit yang tidak diiingini.

AWAS!!!

  1. Vitamin A tidak boleh diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia merupakan salah satu vitamin larut lemak dan jika diambil melebihi dos yang ditetapkan, ia akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutamanya hati.(Namun Carotomax shaklee berbeza dr yang lain kerana ia dalam bentuk pre-kursor, yang mana akan diaktifkan apabila ia diperlukan sahaja).
  2. Tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Pengambilan vitamin A yang berlebihan terutamanya ketika tempoh trimester pertama kehamilan, boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuklah kecacatan jantung dan sistem saraf.

Vitamin A boleh didapati daripada sumber makanan semulajadi seperti telur, lobak merah, sayuran berdaun hijau dan lain-lain. Namun sekiranya anda tidak dapat memenuhi keperluan vitamin A melalui sumber semulajadi, pengambilan supplement amatlah digalakkan.


*source : eHow.com

Credit to; rasiahvitamin.com
Credit to; Damia Pit Shop


* Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Otak kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi agar dapat berfungsi secara optimum.  Pada peringkat awal usia, otak kanak-kanak berkembang dengan begitu pesat.  Hasilnya pada usia lima tahun, perkembangan otak mereka sudah mencapai 90% dan kadar tersebut sangat berkait rapat dengan pemakanannya.
Untuk perkembangan otak, ada beberapa nutrisi penting yang diperlukan.  Antaranya DHA (asid dokosaheksaenoik), zat besi, zink dan asid folik.
DHA ;-
~ DHA merupakan sejenis asid lemak OMEGA-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat.  Kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah ( EFSA ) mendapati kanak-kanak berusia enam bulan sehingga 2 tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.
~DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransimitter acetlycholice dan membantu sel-sel berhubung.  Memberi anak diet harian yang kaya dengan DHA akan menjadikannya lebih fokus dan dapat memberi penuh tumpuan ketika bermain dan belajar. Antara makanan yang mengandungi DHA ialah ikan, telur dan ayam...
ZAT BESI ;-
~ Zat besi sangat penting untuk memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah dan mencegah anemia.  Ketahuilah bahawa otak kanak-kanak sensitif terhadap paras zat besi yang rendah.  Kekurangan zat besi yang berlaku di kalangan kanak-kanak boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka.  Pada masa yang sama, kekurangan tersebut turut memnyebabkan mereka hilang tumpuan. Wujud simptom Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), pucat dan lesu.  Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak.  Sumber makanan yang kaya zat besi ialah seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis , tauhu dan tempe
ZINK:-
~ Zink penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan kognitif.  Kekurangan zink akan menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terbantut, penurunan fungsi imuniti dan kurang selera makan.  Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik zink.  Kekacang, germa gandum, bijiran penuh, makanan laut dan daging mempunyai kandungan zink yang tinggi.
ASID FOLIK;-
~ Asid Folik yang juga dikenali sebagai folate merupakan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan sempurna bagi sesorang kanak-kanak. Asid ini penting bagi pembinaan DNA dalam setiap sel. DNA berperanan sebagai penyimpan maklumat bagi sel tersebut.  Kanak-kanak yang kekuangan asid folik akan leith , lesu, kurang tumpuan, cepat marah dan pelupa.. Sayur-sayuran hijau adalah sumber asid folik yang terbaik.
saya syorkan anak-anak anda, amalkan pemakanan utnuk perkembangan dan kecerdasan otak anak-anak anda. :0



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Credit to; Damia Pit Shop


1. Like Page Ibu Vitamin e-Shop
2. PM / Add Fb Linz Shopee Shaklee
3. Call/Sms/ Whatsapp  017-5836865

Sebarang Pertanyaan tentang Promosi boleh tanya terus kat saya...dan Consultant FREE untuk anda...




Powered By Blogger