Tuesday, February 26, 2013

Apa Itu MARMET Dalam Dunia Penyusuan????

Bagi yang dalam dunia penyusuan mesti tahu apa itu MARMET kan??? tapi adakalanya ada yang kurang pasti apa itu MARMET... jom kita timba ilmu pagi-pagi ni...


[CARA MEMERAH SUSU DENGAN TANGAN aka MARMET]


1) Buat pegangan "C"


2) Letak ibu jari di bahagian atas (lebih kurang 1 cm dari areola atau kawasan gelap) dan 2-3 jari mengampu bahagian bawah payudara


3) Tolak jari serentak ke arah dada, kemudian picit ibu jari dan 2-3 jari anda yang lain di bahagian areola untuk mengeluarkan susu, lepaskankan dan ulang semula (dengan pergerakan picit-lepas, picit-lepas)

4) Tadah susu ke dalam bekas yang bersih. Buat berulang kali mengikut bulatan di sekeliling areola supaya ke semua saluran susu yang berlainan dapat diperah. Pusing pegangan "C" pada arah-arah yang lain pula.


5) Beralih ke payudara yang sebelah lagi sekiranya pengaliran susu telah perlahan atau telah dikosongkan.


6) Urut payudara sekali sekala semasa menggunakan tangan anda



Dan ketahui apa yang ibu-ibu perlukan untuk kesihatan dalam meneruskan dunia penyusuan ini... Vitamin Ibu-Ibu Menyusu


Untuk sebarang pertanyaan??? HUBUNGI???




Feel free to LIKE | SHARE | TAG

Sumber: Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya

Monday, February 25, 2013

PETUA @ TIPS NAK KURUS DENGAN CEPAT


Boleh ke NAK KURUS DENGAN CEPAT???? 


BOLEH ! dengan ikuti TIPS untuk kurus dengan cepat. Tajuk yang sangat poyo kan!haha...TAPI betul kan semua orang nak KURUS, nak CANTIK. Semua orang nak tau petua untuk kurus. Bukan senang nak kurus DAN tak semua orang mampu untuk keluarkan duit untuk membeli set kurus yang mahal di pasaran. Kita keluar duit beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit pun belum tentu kita kurus. Ini kerana pengambilan set kurus sahaja tidak mencukupi.  Ianya perlu disertakan dengan pemakanan yang seimbang DAN senaman yang teratur. Ingat, pemakanan yang seimbang ye, bukan berlapar. Alhamdulillah sejak mengamalkan diet yang seimbang, saya rajin mencari tips untuk kurus DAN ini adalah kompilasi saya. Insyaallah berkesan. Anda yang tengah mengamalkan diet seimbang pun boleh cuba teruskan tips dan petua ni tau...


1. Elakkan makanan segera (fast food)
KFC, McD, Pizza Hut.... memanglah sangat-sangat menguji keimanan. Orang Malaysia memang suka makan fast food. Makanan segera harus dijauhi sekiranya anda ingin kurus kerana kandungan kalorinya sangatlah tinggi & khasiatnya hampir tiada.

2. Minum teh + lemon sejuk tanpa gula (ice lemon tea tanpa gula)
Teh & lemon memang sangat berkesan untuk membuang lemak di dalam badan. Green tea is the best. Tanpa gula kerana dalam misi untuk kurus, kita kena kurangkan pengambilan gula. Air yang sejuk menjadi pilihan kerana apabila kita minum air sejuk, badan kita akan menjadi sejuk & terpaksa bekerja untuk kembali kepada suhu yang normal. Dalam proses mengembalikan badan kepada suhu yang normal, pembakaran lemak telah berlaku. 


3. Makan sup
Jika kita nak kurus, boleh amalkan memakan sup. Meehon sup, kuew teow sup, mee sup, sup sayur, semuanya sedap-sedap belaka. Makanan yang direbus & distim juga adalah bagus. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng atau bersantan.

4. Makan buah
Buah-buahan adalah sangat berkhasiat & sedap. Epal. oren, anggur, tembikai. Kalau kat rumah saya ni, buah feveret adalah pisang. Bila mulut rasa nak mengunyah, daripada kita makan jajan yang tinggi kalori & takde khasiat, lebih baik kita makan buah. Tak payah nak risau pasal kandungan lemak atau gula.

5. Makan sayur
Tiap kali makan nasi, pastikan sayur lebih banyak daripada nasi. Lagi bagus kalau kita suka ratah sayur. Kalau tak suka makan sayur, cuba jadi kreatif. Buat sup sayur & dalam tu letak fishball, fishcake, isi ketam ke. Wallah sedapnya.

6. Makan makanan yang kita tak suka.
Bila makan kat kedai atau memasak, masak makanan yang kita tak suka. Contohnya kalau kita tak suka makan nasi goreng kerabu sebab berperisa sangat, haaaaa order yang tu. Sebab apa? Bila kita tak suka makanan tu, kita takkan makan banyak. Makan sikit je dah kembang tekak. Idea yang bernas kan?

7. Mandi air sejuk sebelum subuh
Say no to water heater. kenapa air sejuk pada waktu subuh? Sebab kalau kita mandi waktu tu, ia akan dapat membunag segala toksin kat dalam badan kita. detoks adalah perkara yang sangat penting untuk kurus.

8. Kunyah makanan sebanyak 40 kali
" Tak mampu lah! Kalau tiap kali suap nak kena kunyah 40 kali, berapa jam nak habis makan sepinggan nasi."  Kalau anda fikir macam tu, anda yang rugi. kata nak kurus. kalau nak kurus, mesti anda sanggup. Free je pun, tak payah keluar duit.

9. Minum air  kosong dengan banyak
Air kosong. Bukan air manis. Sehari sekurang-kurangnya 3 liter.

10. Sentiasa senyum
kawal emosi. Amalkan gaya hidup yang sihat. Selalu kita dengar orang kata "Bila stress mesti nak makan banyak". Jadi, hepi-hepilah selalu.

Insyaalah bila kita konsisten pasti HASIL yang kita CAPAI mesti PUAS HATI....jangan kurus tak konsisten dan terlalu cepat...tak elok untuk kesihatan. 


HUBUNGI SIAPA??? 

Sunday, February 24, 2013

TIPS KECANTIKAN???

eh...sapa yang tak nak cantik kan...semua orang nak cantik...TAPI kena berhati-hati tau pemilihan product yang kita amalkan....

bukan apa..jangan tersalah..sebab ada kes terkini kan..salah guna kosmetik...takut pun ada....cantik ni bukan dari luaran je perlu jaga...TAPI dari dalaman juga tau...dan bila dalaman cantik..tentu terpancar la kecantikan luaran kita...berseri-seri gitu...percaya tak??? 

Ce tgk Neelofa ni...cantik kan....tak semestinya make-up baru cantik...

Rasiah Neelofa???

"Saya takut jika wajah menjadi gelap, kerana itu saya mengambil Vitamin C sebagai makanan tambahan untuk kesihatan kulit" - Neelofa

Kesimpulannya, tak perlu suntik-suntik bagai, tak perlu keluar duit ribu-ribu untuk cantik. Hanya dengan mengamalkan vitamin atau supplemen tambahan yang bagus, anda juga boleh mendapat kulit yang bebas jerawat, cerah, halus dan berseri.


Jangan tersalah pilih tau kawan-kawan...nak ikutkan ..fuhh..macam-macam jenama untuk kecantikan masa kini..TAPI perlu di ingat....kesan yang CEPAT sangat tu mesti ada bahan-bahan terlarang....Nasihat ramai..pilih la dari yang semulajadi...bukan yang banyak bahan-bahan terlarang....Untuk kulit ni...sudah semestinya...VITAMIN-C,  B-COMPLEX, VITAMIN- E, COLLAGEN, ESP dari Shaklee yang mendapat pilihan ramai..dan ada jg yang tersalah pilih kepada bahan terlarang yang nak cepat kesan dan murah...pilihan di tangan kawan-kawan...

Shaklee ni menjaminkan qualiti dan keberkesanan yang terjaga..insyaallah...pilihan adalah penting ...sebab...KALU DAH MASUK DALAM BADAN ..PAYAH NAK HAKIS DALAM BADAN KITA...betul tak...

Pilihlah Shaklee untuk makana tambahan anda..dan jadikan ianya rutin harian kita...yang mana 100% dari bahan semulajadi...tanpa bahan tiruan @ larangan...


BERMINAT dan KETAHUI lebih LANJUT????
Untuk sebarang pertanyaan dan konsutansi FREE anda boleh hubungi :-
1. LIKE fanpage  | Kedai Vitamin  |
    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb | Linz Shopee  |

3. SMS/ Whatsapp saya | 017-5836865 |
4. Email | admin@ibuvitaminshop.com  | dinzlin@ymail.com |

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease..



Saturday, February 23, 2013

SERLAHKAN KEAYUAN MU BERSAMA SHAKLEE

Sejak Shaklee ni menjadi POPULAR....ramai yang bertanya tentang KELEBIHAN bila mula dengan Shaklee ni...memang la ada yang lagi UP segala bagai..TAPI sebab Shaklee ni dari sumber semulajadi tu yang jadi sangat-sangat HOT...

HOT ditangga PERTAMA ???


ESP ni antara yang sangat-sangat laris...kalu ada promosi lagiiiiiiiiii la..


KE-DUA HOT??? 

yang ni lagiiiiiiiiiii la...sampai OUT OFF STOK je...ada yang "cetak rompak" brand juga la...


KE-TIGA??? kita sambung next entry tau...


BERMINAT dan KETAHUI lebih LANJUT????
Untuk sebarang pertanyaan dan konsutansi anda boleh hubungi :-
1. LIKE fanpage  | FirstChoice e-Shop  |
    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb | Linz Shopee  |

3. SMS/ Whatsapp saya | 017-5836865 |
4. Email | admin@ibuvitaminshop.com  | dinzlin@ymail.com |

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease..

CANTIK IDAMAN SEMUA??? BETUL KE?


Cantik??? kenapa semua penting kan cantik??? betul ke lelaki zaman sekarang ni pentingkan cantik dari hati budi dalaman seseorang yang bergelar wanita??

Ayat ni dipetik dari satu blog ..hasil pencarian bersama mr.google...


"kajian pernah dibuat ke atas ramai respondent tentang apakah kriteria yang dilihat oleh lelaki dan perempuan dalam memilih pasangan. majoriti lelaki memilih kecantikan sebagai kriteria pertama dan majoriti wanita memilih kewangan/harta sebagai kriteria utama. kajian ini adalah kajian di amerika dan saya andaikan inilah kriteria yang diambil oleh kebanyakkan org di dunia.
di sini saya ingin fokuskan kepada kecantikan. kecantikan memang satu kebahagiaan bagi lelaki. semakin cantik seseoranag itu, semakin dia mendekati nilai kewanitaan dari segi kaca mata kasar. keinginan lelaki kepada kecantikan bukan satu perkara baru. ia adalah nafsu yang sudah bertapak sejak zaman pembunuhan qabil terhadap habil lagi kerana dengki melihat saudaranya mendapat pasangan yang cantik."

Petikan : baitulmuslim



Pada pendapat pembaca semua apakah menjadi pilihan lelaki masa kini???

1/ HARTA???
2/ PARAS RUPA??? CANTIK??
3/ BUDI BICARA??? HATI BUDI???

Rasanya mana satu menjadi RANTING tertinggi????

1/ Cantik??? boleh kita usahakan untuk menampak kan ia cantik semulajadi atau sebaliknya..

2/ Harta??? boelh je kumpul harta dunia ni banyak mana kita nak..secara dari keluarga mahupun hasil sendiri...

3/ Busi Bicara @ Hati budi??? Tak boleh di beli dengan duit @ harta yang ada, tak boleh juga di nilai dari kecantikan sahaja....

ni pandangan sesama saya dan kawan-kawan...PENDAPAT anda???






Friday, February 22, 2013

TIPS PENYUSUAN UNTUK PARA IBU [3]

Fahami tentang Dunia Penyusuan, insyaallah semuanya menjadi mudah...

Seterusnya...

7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
VITAMIN LENGKAP PENYUSUAN SHAKLEE

9. Penyusuan Malam 
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan supplement
dibolehkan.. Antaranya.. ESP (Energizing Protin Shaklee)


BERMINAT dan KETAHUI lebih LANJUT????
Untuk sebarang pertanyaan dan konsutansi anda boleh hubungi :-
1. LIKE fanpage  | FirstChoice e-Shop  |
    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb | Linz Shopee  |

3. SMS/ Whatsapp saya | 017-5836865 |
4. Email | admin@ibuvitaminshop.com  | dinzlin@ymail.com |

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease..

TIPS PENYUSUAN UNTUK PARA IBU [2]


Lagi tentang TIPS PENYUSUAN ..fahami dan amalkan dalam kerja harian kita..PASTI membuahan HASIL yang lebih an tidak kkita sangkakan...insyaallah...

3. Minum banyak Air Masak.

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu 

  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tendum Pumping / Power Pumping

Mel
atih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. 





BERMINAT dan KETAHUI lebih LANJUT????
Untuk sebarang pertanyaan dan konsutansi anda boleh hubungi :-
1. LIKE fanpage  | FirstChoice e-Shop  |
    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb | Linz Shopee  |

3. SMS/ Whatsapp saya | 017-5836865 |
4. Email | admin@ibuvitaminshop.com  | dinzlin@ymail.com |


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease..

TIPS PENYUSUAN UNTUK PARA IBU [1]

Perkongsian tentang tips untuk BERJAYA dalam penyusuan para mommies semua...

Apa yang perlu kita lakukan???


1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh 
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

Vitamin ASAS dalam penyusuan EXTRA kecantikan dalaman. 



BERMINAT dan KETAHUI lebih LANJUT????
Untuk sebarang pertanyaan dan konsutansi anda boleh hubungi :-
1. LIKE fanpage  | Kedai Vitamin  |
    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb | Linz Shopee  |

3. SMS/ Whatsapp saya | 017-5836865 |
4. Email | admin@ibuvitaminshop.com  | dinzlin@ymail.com |


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease..

Thursday, February 21, 2013

KURUS dengan DIET COKE DAN SAYUR-SAYURAN ???


Haa....diet dengan coke??? biar betul??? kan coke tu minuman bergas??? Nak tahu lebih lanjut..jom baca sehngga habis tau...


4. Diet Coke atau Coke Light

Apa dia? Minuman “diet” keluaran syarkit Coka Cola.
Kelebihan? Berbeza dengan minuman bergas yang lain, minuman Diet Coke tidak mengandungi gula langsung. Ia diganti dengan aspartame (pemanis tiruan atau artifial sweetener).


Tidak menggemukkan? Kalori Coke Diet tu memang kosong (kalau ada pun cuma dalam 1kcal sahaja) kalori. Jadi dari segi kalori dan pengawalan berat badan memang tidak menjadi issue dan boleh diminum. Aspartame dikatakan ada kesan negatif jangka masa panjang seperti masalah kidney (pundi kencing) dan meningkatkan kebarangkalian anda dijangkiti kanser. Akhirnya pilihan diri anda sebagai pengguna.




Tonton video YouTube: Diet Coke – Bagus ke tidak?




5. Sayur-sayuran

Apa dia? Well tak perlu cerita banyak kot. Sawi, timun, lobak merah, asparagus, brokoli, salad, jamu etc semua dalam kategori makanan sayur-sayuran.
Kelebihan? Kalori rendah (sangat rendah), serat tinggi dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral.


Tidak menggemukkan? Tidak! Sayur-sayuranlah satu-satu makanan yang anda boleh makan tidak kira kuantiti dan ia tidak akan menggemukkan. Kenapa? Kerana kalori sayur-sayuran sangat rendah (termasuk serat) dan oleh kerana serat tidak boleh diserap/hadam, kalori-kalori itu akan dibuang semula. So makanlah sayur-sayuran tapi ingat, ia bukan sumber tenaga yang baik. Jadi kalau makan salad kosong, itu bukanlah pilihan yang baik bagi saya kerana ia tidak mengandungi tenaga yang anda perlukan untuk aktiviti harian dan tingkatkan metabolisme.



Sayur-sayuranlah satu-satu makanan yang anda boleh makan tidak kira kuantiti dan ia tidak akan menggemukkan…



JANGAN LUPA DAPATKAN SET DIET SHAKLEE (SHAPE-P SHAKLEE) BAGI ANDA YANG NAK TURUNKAN BERAT BADAN SECARA SIHAT DAN PELBAGAI KHASIAT YANG AKAN DIPEROLEHI SELAIN KURUS.. CANTIK..KULIT CERAH GEBU DAN ANJAL SERTA ANGGUN..




BERMINAT dan KETAHUI lebih LANJUT????
 
Untuk sebarang pertanyaan dan konsutansi anda boleh hubungi :-
1. LIKE fanpage  | FirstChoice e-Shop  |
    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb | Linz Shopee  |

3. SMS/ Whatsapp saya | 017-5836865 |
4. Email | admin@ibuvitaminshop.com  | dinzlin@ymail.com |


 
Credit to. kelvinzahri.com
 


Wednesday, February 20, 2013

LAGI ANTARA MAKANAN YANG TAK MENGEMUKKAN

sambungan....Kenali makanan yang tidak mengemukkan untuk mereka yang sedang "ON-DIET"





 Satu kuram Medjool (24g) mengandungi lebih kurang 65kcal. Kalau makan 5x dah 325kcal…


2. Buah Kurma

Apa dia? Buah kurma atau dates popular sebagai sajian berbuka puasa pada bulan ramadhan – ia juga sunnah Nabi Muhammad SAW.
Kelebihan? Buah kurma bukan sahaja lazat dimakan tapi juga kaya dengan kandungan serat (fiber), fructosa/dextrosa, antioxida, vitamin A, besi (iron), potassium, calcium dan lain-lain. Bagi saya gabungan fiber dan gula memang sesuai semasa berbuka kerana penghadaman tidak terlalu cepat disampin tenaga yang lebih ringkas.

Tidak menggemukkan? Samalah macam bijiran oats juga. Buah kurma tetap menggemukkan kalau berlebihan kerana ia mengandungi kalori. Berapa banyak? Bergantung kepada saiz dan manisnya buah kurma tetapi Sebagai contoh: Satu kurma Medjool (24g) mengandungi lebih kurang 65kcal. Kalau makan 5 biji dah 325kcal.


tak kisah minyak apapun dan, termasuklah minyak zaitun ni, 1g bersamaan 9kcal…


3. Minyak Zaitun (Olive oil)

Apa dia? Minyak zaitun adalah minyak yang diperolehi daripada buah zaitun (olive) dan sering dilabel sebagai minyak yang sihat.
Kelebihan? Minyak zaitun kaya dengan monounsaturated fatty acids yang bantu mengawal/kurangkan kolesterol LDL tanpa mengurangkan kolesterol “baik” HDL. Ia juga dikatakan dapat tingkatkan metabolism, lebih mengenyangkan berbanding minyak lain, tiada kolesterol, cegah penyakit barah (kanser) dan juga bantu kawalan insulin (sesusai untuk penyakit kencing manis atau diabetes)

Tidak menggemukkan? Ia dikatakan bantu tingkatkan metabolisme dan kawal nafsu makan jadi itu mungkin bagus untuk kawalan berat badan tetapi minyak zaitun itu sendiri tetap menggemukkan kerana ia juga berkalori. Berapa banyak? 1g minyak zaitun = 9kcal. Sama je dengan minyak masak yang lain. Kalau satu sudu meja (tablespoon 15g) dah 135kcal. Pasitkan jangan berlebihan.



Menarik bukan??? JADI bagi mereka yang NAK KURUS tu..kenalpasti makanan yang perlu anda ambil dalam makanan seharian...jangan ambil mudah bila nak berDIET ni...sebab badan nak pakai lama...bukan sehari dua setahun dua...


sumber ;- kelvinzahri.com 


BERMINAT dan KETAHUI lebih LANJUT????
Untuk sebarang pertanyaan dan konsutansi anda boleh hubungi :-
1. LIKE fanpage  | FirstChoice e-Shop  |
    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb | Linz Shopee  |

3. SMS/ Whatsapp saya | 017-5836865 |
4. Email | admin@ibuvitaminshop.com  | dinzlin@ymail.com |


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease..


Powered By Blogger