Wednesday, February 29, 2012

Vitamin Penyusuan yang Popular 2012

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Alhamdulillah….Sejak diperkenalkan sehinggalah hari ini Set Penyusuan Euphoria semakin popular! Ia bukan sahaja semata-mata untuk penyusuan, malah yang lebih utama demi kesihatan ibu. Semakin ramai ibu-ibu yang sedar jika hendak berjaya menyusukan anak, mereka hendaklah ‘sihat’ terlebih dahulu.
Empat set itu ialah:
1. Pilihan Vitamin 1
  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang TIDAK  mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema,  set ini dapat membantu
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa.
2. Pilihan Vitamin 2
  • MengandungiMultivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi.
  • Mengandungi  Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C, Kalsium dan Alfalfa
  • Untuk ini memberi kesan yang lebih yang tidak kurang bagusnya kerana kandungan Alfalfa yang mempunyai khasiat protien di dalamnya.
4. Pilihan Super Duper Penyusuan Mommies
  • Mengandungi Multivitamin lengkap dengan zat besi, Vitamin B, Vitamin C, Kalsium, Alfalfa dan ESP.
  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan.
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Dan yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Dan  yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan pilihan ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang saya bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.
Perjalanan penyusuan dua tahun ini menuntut ibu menyusu secara kerap atau pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Supplement sangat membantu mengisi ruang kosong dalam tubuh ibu terutama bagi yang mempunyai kekangan untuk amalkan pemakanan mengikut piramid makanan yang disarankan.
Buat renungan bersama….
” Syarikat susu formula saling berlumba untuk menghasilkan susu yang kaya dengan pelbagai formula namun sedarkah kita ianya tidak mampu untuk menandingi susuibu, anugerah terbaik buat si manja? Tidakkah kita juga mahu berikan yang terbaik buat si manja kita?”. 
Credit to; AzrinMohd

Sebarang Pertanyaan Boleh PM Linz Shopee (fb) / Whatsapp 017-5836865

Tuesday, February 28, 2012

TIPS MENGATASI BAYI TERSEDAK SUSU


TIPS MENGATASI BAYI TERSEDAK SUSU


Sejak akhir-akhir ini banyak kes kematian bayi akibat tersedak susu, boleh dikatakan setiap bulan ade saja kes sebegini dilaporkan.Bayi hanya insan yang kecil tidak mengenali apa-apa lagi perbuatan manusia ,tidak mampu untuk mengalihkan botol susu tersebut hanyalah mengharapkan insan-insan disekelilingnya menjaganya..

Apabila terjadinya kejadian seperti itu sudah tentu sekali ibu bapa tersebut berasa amat sesal kerana kecuaian mereka atau pengasuh yang tidak ambil berat tentang keselamatan bayi tersebut. sumber dari Metro ini kami ringkaskan untuk peringatan semua.


Sebab-sebab bayi tersedak susu

* Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
* lubang puting botol yang terlalu besar, menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
* Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
* Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah

Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi.

* Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
* Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi.
* Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
* Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
* Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu

* Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
* Sekiranya bendasing di dalam mulut bayi tidak keluar ,
* dalam keadaan duduk menghadap kehadapan
* tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan
* Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan.
* Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.


Semoga dengan adanya tips ini kita tidak akan panik dan boleh mengatasi masalah bayi tersedak, bukan hanya untuk ibu bapa tapi untuk semua jikalau berlaku pada bayi yang lain dan kita ada ditempat kejadian kita boleh membantu menolong bayi tersebut, ingatlah bayi adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai dan berharga, kasihi mereka dengan memberi kasih sayang yang sempurna.



credit to; PICCM

Monday, February 27, 2012

VITAMIN TIDAK BERKESAN? MENGAPA?

VITAMIN TIDAK BERKESAN? MENGAPA?


Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. PENGAMBILAN AIR KOSONG DIPANDANG REMEH.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. ELAKKAN MAKAN VITAMIN SECARA BANYAK SEKALIGUS PADA SATU MASA.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. ELAKKAN PENGAMBILAN VITAMIN BERSAMA UBAT.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN DALAM DIET HARIAN.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. PANTANG LARANG MAKAN VITAMIN.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU!!!

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Utamakan NIAT yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!

sumber : anakkuwiraku & rasiahvitamin



Sebarang pertanyaan boleh PM saya di Linz Shopee (fb) / sms saya 017-5836865


MAKANLAH DENGAN ILMU AGAR ANDA DAPAT MENIKMATI KHASIAT VITAMIN SEMAKSIMA MUNGKIN!

Sunday, February 26, 2012

Supplement untuk Cegah dan Rawat Jerawat

بسم الله الرحمن الرحيم
Jerawat?Memang masalah besar bagi sesetengah orang.Jerawat disebabkan oleh sebum yang dibuat oleh kelenjar sebaceous dalam pori-pori dikeluarkan secara berlebihan. Sebum yang berlebihan ini akan menutup pori2 dan menyebabkan munculnya bintik hitam atau blackhead. Apabila bakteria di bawah kulit membiak dan membebaskan enzim yang memecahkan sebum ini, maka terhasillah jerawat.
Jerawat biasanya berlaku kepada remaja, kerana pada masa ini tubuh menghasilkan testosteron dan hormon kedewasaan lain yang meningkatkan penghasilan sebum itu tadi.
Jerawat biasanya banyak terjadi di bahagian muka, belakang, dada dan bahu kerana di situ terdapat banyak kelenjar sebaceous.Penyebab jerawat sering disalahtafsir. Ramai yang menganggap jerawat disebabkan oleh faktor kebersihan dan pemakanan. Misalnya makan kacang, coklat… boleh menyebabkan jerawat. Sebenarnya faktor2 di atas boleh memburukkan lagi keadaan, tetapi bukan punca jerawat.

Cara mencegah jerawat:
1. Cuci muka dengan pencuci yang halal dan kurang bahan kimia
2. Kurangkan penggunaan syampu atau minyak rambut yang berminyak.
3. Makan banyak buah-buah, sayur dan air secukupnya.
4. Dapatkan rehat secukupnya.

Supplement yang membantu untuk mencegah jerawat:
1. B Complex – membantu menstabilkan hormon dan emosi
2. Vitamin C – menjaga kesihatan kulit
3. Vita Lea – vitamin dan mineral lengkap, antaranya membantu dalam metabolisma gula. Jika anda ada masalah dengan metabolisma ini, anda terdedah kepada jerawat.

Supplement untuk merawat Jerawat:
1. Vitamin E – membantu mengurangkan parut
2. Zinc Complex – melegakan ketidakselesaan akibat jerawat dan menyembuhkan kulit yang rosak
3. GLA Complex – menyembuhkan kulit yang rosak

Credit to; AzrinMohd




Untuk harga dan promosi terkini boleh Pm or layari Linz Shopee (fb) @ whatsapp saya 017-5836865

Saturday, February 25, 2012

Selepas amalkan Zinc Shaklee selama seminggu, luka czer beransur pulih..

بسم الله الرحمن الرحيم
Teringat semasa bersalinkan Arissa secara czer..Hampir setiap hari mak saya masakkan ikan haruan,makan gel gamat, pantang makan..Kalau lah masa tu saya kenal Shaklee..Kan senang…Boleh telan Zinc jer :)
Jum baca testimoni Aieda.
Credit
Salam, di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengamalkan vitamin Shaklee iaitu tablet zink dan breast feeding set. Saya telah bersalin secara emergency c-sect pada 4 April 2011. Bemula hari pertama berpantang saya hanya makan berlaukkan sup ikan haruan bagi merpercepatkan penyembuhan luka pembedahan.
Setelah 2 bulan, saya masih lagi merasa sakit di kawasan perut yang dibelah, sehinggakan sembahyang pun terasa sakit untuk bangun dan berdiri. Saya terpaksa sembahyang dalam keadaan duduk. Disebabkan saya seorang yang penakut untuk menelan ubatan air seperti pati ikan haruan dan air gamat, saya tergerak hati untuk mencuba tablet zink dari produk Shaklee sepertimana yang kita ketahui zink adalah salah satu kandungan yang terdapat di dalam ikan haruan yang dapat menyembuhkan luka pembedahan.
Alhamdulillah seminggu setelah mengamalkan tablet zink saya sudah boleh bergerak agak lasak, sembahyang, membasuh baju, memasak dan juga melakukan kerja-kerja rumah yang lain. Tidak lagi berasa lenguh2 kaki dan pinggang apabila berdiri atau berjalan terlallu lama. Sehingga hari ini saya masih mengamalkan tablet zink ini kerana disamping untuk menyembuhkan luka pembedahan ianya juga bagus untuk susu badan saya.
Vitamin Shaklee kedua yang telah saya amalkan ialah breast feeding set. Saya mengamalkan set ini semasa bulan puasa bagi memastikan susu saya bertahan sehingga ke petang.
Sebelum tibanya bulan Ramadhan saya perlu mengganti puasa selama 14 hari yang tertinggal kerana alahan mengandung yang agak teruk pada Ramadhan tahun lepas. Hari pertama ganti puasa ok lagi, masuk hari kedua bila waktu petang susu saya agak kering. Saya terpaksa mengurut2 breast untuk mengeluarkan susu.
Bimbang masalah ini akan berlarutan, saya pun menghubungi pengedar Shaklee saya. Dengan mengamalkan alfafa 2 biji pada waktu sahur dan 2 biji pada waktu berbuka serta tip-tip penyusuan ibu yang sebenar, alhamdulillah susu saya maintain sampai ke petang sepanjang menggantikan puasa dan juga puasa Ramadhan yang lalu. Selain susu badan saya maintain, ia juga menjadi bertambah pekat, membuatkan anak saya cepat kenyang selepas menyusuBuktinya berat anak saya naik dengan banyak semasa saya mengamalkan alfafa. Kini anak saya kelihatan tembam, aktif dan membesar dengan sihat.
Di sini saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada pengedar Shaklee saya iaitu kak Jannatul Fadilah yang telah banyak membantu saya dan sudi berkongsi tips penyusuan ibu dan juga tips penjagaan luka pembedahan. Saya betul2 terhutang budi dengan beliau. Kini saya juga tidak teragak-agak untuk mencuba vitamin2 Shaklee yang lain.
Sekian, terima kasih.
****************
Oh…terharu saya dgn perenggan terakhir Aieda. Thanks darling! akak kongsikan apa yg termampu. Yang lain2 tu atas usaha Aieda sendiri :) Apapun, syukur sebab Aieda dapat kesan terbaik dengan penggunaan vitamin2 Shaklee ini dlm masa yg singkat! Anda pun boleh!!!
Aieda dgn buah hatinya…Fawwaz
Credit to MamaRin

Info terkini boleh layari Fb-- Linz Shopee @ whatsapp saya 017-5836865





Friday, February 24, 2012

Kelebihan OMEGA dan Bukan Sahaja untuk Otak, Tapi Boleh Bakar Lemak Juga…

Wah..btol ke ni? Selama ni duk ingat fish oil untuk brain je..nampaknya Lecithin ade persaingan hehe Jangan risau ye, Lecithin mmg work so does Omega but the difference btwn them is the price and effectiveness ..well of course the one with extra cost work better but doesn’t mean the cheaper one isn’t gud. Terpulang pada kemampuan masing2 ye..
Dalam fish oil ade OMEGA fatty acid which consist of DHA dan EPA


Ye ke omega ni buleh bakar lemak?

”Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can’t make them.”

Macam mana fatty acid boleh bakar lemak ye?

Omega-3 fats
 Omega-3 fats help you burn fat by helping your body respond better to a hormone called Leptin (Leptin is the Greek word for thin)
 Leptin tells your body (your brain) to suppress your appetite making you eat less so you can maintain or lose weight

Leptin increases your metabolism by increasing your thyroid output (your thyroid regulates your metabolism)

Leptin also causes your body to burn fat for energy so

If your body isn’t responding well to Leptin then the reverse happens – You’ll be hungrier, and you’ll store more fat so… You can take Omega-3 fats to help your body respond much better to Leptin so you can increase your fat-burning metabolism and

Omega-3 fats are found in salmon, flaxseeds, nuts, Omega-3 supplements and these other 79 foods sources of Omega-3 fats and…

3 more ways Omega-3 fats help you lose weight is…

  1. Omega-3 fats help you control your hunger by stabilizing your blood sugar levels 
  2. An Australian study showed that when people took Omega-3 fats while on an exercise program burned more fat than people who Only Exercised (without taking Omega-3 fats) and people who exercised & took other types of fat and…
  3. Studies done in Japan & The Czech republic suggest that Omega-3 fats prevent the creation of ugly body fat and these same studies suggested Omega-3 fats promote more fat burning.

 
”A 2001 study published in the May 2002 edition of “Obesity Research” discovered that rats fed fish oil gained less weight than rats fed soybean oil. Furthermore, a 2004 study published in “Lipids” confirms the link between weight loss and fish oil as rats with an omega-3 rich diet exhibited reduced levels of fat and leptin. Leptin is a hormone which regulates the appetite and is generally lower in individuals with low body fat content. The 2004 study in “Lipids” concludes that DHA fat oil reduces the accumulation of body fat by restricting the hypertrophy and hyperplasia of fat cells. “Mosby’s Medical Dictionary” explains that hypertrophy and hyperplasia refers to an enlargement of cells and an increase in cell production, respectively.” 

Credit to ;Adaa & AzrinMohd
Berminat??? dan Dapatkan CONSULTATION percuma daripada kami...
whatsapp 017-5836865

Powered By Blogger