Wednesday, March 6, 2013

10 TIPS untuk Anak yang Memilih Makan atau Picky Eaters

Oh...pening nak cari idea yang memilih makan?? tak nak makan??? ada tips untuk anak memilih makan atau picky eaters ni??? mommies semua mesti pening kan bila berhadapan ngn situasi ni???

lagi-lagi bila tak mau makan-makanan yang berkhasiat seperti sayur-sayuran, ikan ni kan..



Part 1:

No. 1: Respect your child’s appetite

Jika anak anda tidak lapar, jangan memaksa mereka untuk makan. Jangan merasuah (dengan berjanji untuk beri jajan dan sebagainya) atau memaksa anak anda untuk makan makanan yang tertentu. Ini mungkin hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Di samping itu, anak anda mungkin merasakan waktu makan adalah sesuatu yang ‘menakutkan’. Hidangkan ‘small portions’ sahaja untuk anak anda untuk mengelakkan mereka merasa ‘terpaksa’ makan.


No. 2: Stick to the routine

Sediakan makanan pada masa yang sama setiap hari. Sediakan jus atau susu dengan makanan, dan tawarkan air di antara ‘meal’ dan ‘snack’.Terlalu memberikan jus atau susu sepanjang hari juga salah satu sebab kenapa anak anda kurang selera makan.


No. 3: Be patient with new foods

Kanak-kanak kecil seringkali menyentuh atau merasa makanan baru, dan mungkin meluahkan semula. Anak anda mungkin perlu menyentuh atau merasa makanan tersebut berulang-ulang kali sebelum dia mengambil gigitan pertama. Galakkan anak anda dengan bercakap tentang warna makanan, bentuk, aroma, dan tekstur – bukan sama ada ia sedap atau tidak. Hidangkan makanan yang baru bersama-sama dengan makanan kegemaran anak anda.


No. 4: Make it fun

Hidangkan brokoli dan sayuran lain dengan sos kegemaran mereka. Potong atau bentuk makanan ke pelbagai bentuk yang menarik .Tak salah jika anda sediakan makanan sarapan pagi sebagai makan malam. Itu lebih baik dari tak makan langsung kan? Hidangkan pelbagai jenis makanan yang berwarna terang untuk menarik perhatian mereka.


No. 5: Recruit your child’s help

Minta anak anda untuk membantu anda memilih buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang sihat bila anda membeli barang- barang rumah. Jangan beli apa-apa yang anda tidak mahu anak anda makan. Di rumah, galakkan anak anda untuk membantu anda membilasnya sayur-sayuran, mengacau adunan atau menyediakan meja makan.

Nantikan 5 lagi tips untuk anak-anak picky eaters .
Dapatkan Promo Mealshake dengan harga istimewa sekarang :)




Dan dengan senang hati..saya sentiasa berkongsi ceritera dengan semua..
boleh je cari saya kat blog# fb # whatsapp # call # sms

1. LIKE fanpage  | Kedai Vitamin  |

    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb | Linz Shopee  |

3. SMS/ Whatsapp saya | 017-5836865 |
4. Email | admin@ibuvitaminshop.com  | dinzlin@ymail.com |

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger