Tuesday, February 26, 2013

Apa Itu MARMET Dalam Dunia Penyusuan????

Bagi yang dalam dunia penyusuan mesti tahu apa itu MARMET kan??? tapi adakalanya ada yang kurang pasti apa itu MARMET... jom kita timba ilmu pagi-pagi ni...


[CARA MEMERAH SUSU DENGAN TANGAN aka MARMET]


1) Buat pegangan "C"


2) Letak ibu jari di bahagian atas (lebih kurang 1 cm dari areola atau kawasan gelap) dan 2-3 jari mengampu bahagian bawah payudara


3) Tolak jari serentak ke arah dada, kemudian picit ibu jari dan 2-3 jari anda yang lain di bahagian areola untuk mengeluarkan susu, lepaskankan dan ulang semula (dengan pergerakan picit-lepas, picit-lepas)

4) Tadah susu ke dalam bekas yang bersih. Buat berulang kali mengikut bulatan di sekeliling areola supaya ke semua saluran susu yang berlainan dapat diperah. Pusing pegangan "C" pada arah-arah yang lain pula.


5) Beralih ke payudara yang sebelah lagi sekiranya pengaliran susu telah perlahan atau telah dikosongkan.


6) Urut payudara sekali sekala semasa menggunakan tangan anda



Dan ketahui apa yang ibu-ibu perlukan untuk kesihatan dalam meneruskan dunia penyusuan ini... Vitamin Ibu-Ibu Menyusu


Untuk sebarang pertanyaan??? HUBUNGI???




Feel free to LIKE | SHARE | TAG

Sumber: Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger