Wednesday, February 20, 2013

LAGI ANTARA MAKANAN YANG TAK MENGEMUKKAN

sambungan....Kenali makanan yang tidak mengemukkan untuk mereka yang sedang "ON-DIET"





 Satu kuram Medjool (24g) mengandungi lebih kurang 65kcal. Kalau makan 5x dah 325kcal…


2. Buah Kurma

Apa dia? Buah kurma atau dates popular sebagai sajian berbuka puasa pada bulan ramadhan – ia juga sunnah Nabi Muhammad SAW.
Kelebihan? Buah kurma bukan sahaja lazat dimakan tapi juga kaya dengan kandungan serat (fiber), fructosa/dextrosa, antioxida, vitamin A, besi (iron), potassium, calcium dan lain-lain. Bagi saya gabungan fiber dan gula memang sesuai semasa berbuka kerana penghadaman tidak terlalu cepat disampin tenaga yang lebih ringkas.

Tidak menggemukkan? Samalah macam bijiran oats juga. Buah kurma tetap menggemukkan kalau berlebihan kerana ia mengandungi kalori. Berapa banyak? Bergantung kepada saiz dan manisnya buah kurma tetapi Sebagai contoh: Satu kurma Medjool (24g) mengandungi lebih kurang 65kcal. Kalau makan 5 biji dah 325kcal.


tak kisah minyak apapun dan, termasuklah minyak zaitun ni, 1g bersamaan 9kcal…


3. Minyak Zaitun (Olive oil)

Apa dia? Minyak zaitun adalah minyak yang diperolehi daripada buah zaitun (olive) dan sering dilabel sebagai minyak yang sihat.
Kelebihan? Minyak zaitun kaya dengan monounsaturated fatty acids yang bantu mengawal/kurangkan kolesterol LDL tanpa mengurangkan kolesterol “baik” HDL. Ia juga dikatakan dapat tingkatkan metabolism, lebih mengenyangkan berbanding minyak lain, tiada kolesterol, cegah penyakit barah (kanser) dan juga bantu kawalan insulin (sesusai untuk penyakit kencing manis atau diabetes)

Tidak menggemukkan? Ia dikatakan bantu tingkatkan metabolisme dan kawal nafsu makan jadi itu mungkin bagus untuk kawalan berat badan tetapi minyak zaitun itu sendiri tetap menggemukkan kerana ia juga berkalori. Berapa banyak? 1g minyak zaitun = 9kcal. Sama je dengan minyak masak yang lain. Kalau satu sudu meja (tablespoon 15g) dah 135kcal. Pasitkan jangan berlebihan.



Menarik bukan??? JADI bagi mereka yang NAK KURUS tu..kenalpasti makanan yang perlu anda ambil dalam makanan seharian...jangan ambil mudah bila nak berDIET ni...sebab badan nak pakai lama...bukan sehari dua setahun dua...


sumber ;- kelvinzahri.com 


BERMINAT dan KETAHUI lebih LANJUT????
Untuk sebarang pertanyaan dan konsutansi anda boleh hubungi :-
1. LIKE fanpage  | FirstChoice e-Shop  |
    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb | Linz Shopee  |

3. SMS/ Whatsapp saya | 017-5836865 |
4. Email | admin@ibuvitaminshop.com  | dinzlin@ymail.com |


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease..


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger