Sunday, April 7, 2013

10 TIPS TANGANI ANAK NAKAL AGRESIF


Semua kanak -kanak kecil bergaduh sekali sekala terutamanya apabila mereka bosan atau letih , Kanak-kanak lelaki biasanya lebih agresif dari kanak-kanak perempuan . Apabila pergaduhan tidak terkawal libatkan diri anada dengan segera dengan cara-cara berikut. :

1)Jika anak anda bergaduh , segera asingkan daripada kawan gauhnya.

2)Alihkan perhatiannya dengan memperkenalkan permainan lain atau mengalihkan perhatian kepada perkara lain.

3)Jangan menyebelahi anak anda, kerana apabila kanak-kanak bergaduh kita tidak tahu siapa sebenarnya salah.

4)Sekiranya anak anda mengigit kawan gaduh nya atau kanak-kanak lain , beri perhatian sepenuhnya kepada kanak-kanak yang digigit itu, kemudian alihkan anak anda ke tempat yang lebih selamat dan biarkan dia bersendirian lebih kurang 15 minit.

5)Jika anak anda cenderung merampas dan merentap sesuatu apabila dia mula bermain buat pertama kali dengan kanak-kanak lain, maka ajarnya cara untuk berkongsi permainan, lebih bertolak ansur dan tidak bersikap kasar kepada temanya.

6)Berikan contoh yang baik untuk di ikuti nya dengan percakapan yang baik , sentiasa lemah lembut , bersabar dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya.

7)Pastikan anda menjelaskan kepadanya , melalui tindakan anda bahawa perangainya yang anda tidak suka bukan dirinya.

8)Sentiasalah libatkan diri dan hentikan tindakkan anak anda dengan serta merta apabila dia mula memukul kanak-kanak lain ,
Bersikap tegas tapi jangan menjerit atau bertindak agresif.

9)Jangan sesekali membiarkan nya melakukan caranya sendiri dengan berkelakuan agresif atau tidak baik.Sekiranya dia berjaya dengan sikapnya dia akan cenderung bersikap demikian kelak !

10)Setiap perubahan dari nakal atau agresif kepada perlakuan baik harus nya diberi ganjaran pujian sebagai pengiktirafan.
TISP


Happy Sharing semua...

Pengedar Shaklee
ID :- 867601 
Linz Shopee | 017-5836865


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger