Monday, May 27, 2013

5 Punca Susu Ibu Kurang?

Apakan yang menjadi punca Susu Ibu  kurang dan merundum? Para ibu mesti tak pasti kenapa dan di mana silapnya bila susu yang meriah menjadi kurang serta merundum kan...Jom kita kenali 5 punca masalah itu berlaku...

Bayi comel
Bayi Cukup Susu Ibu = Gembira


1. Cara PUM yang tidak konsisten  dan kurang melakukan pum?

Tahukah anda, untuk hasilkan susu yang melimpah ruah, payudara perlu di rangsang (stimulate) sekerap 2 atau 3 jam sekali. Bukan 4 jam sekali ya. Masa dalam pantang dulu, untuk rasa susu keluar, perlu stimulate setiap 1 jam. Jangan bosan dan putus asa untuk perah susu atau pam susu walaupun hasil mula -mula adalah sedikit. Lebih kerap payudara di kosongkan, lebih banyak susu akan di hasilkan. dan fahami konsep "demand on supply"

2. Mungkinkah  Anda Period?

Bila ibu mula period, banyak darah akan keluar. Bila banyak darah keluar, banyak cecair akan hilang dari tubuh sebab 91% dari komponen darah merupakan air. Bila tubuh kekurangan cecair, maka susu akan merudum serta para ibu merasa ketidakselesaan dan berfikir terlalu banyak. Adakalanya secara tak sedar anda mengatakan "SUSU KURANG LA" . Sebaiknya jangan sesekali memikirkan perkataan "SUSU KURANG" sebab apa yang kita fikirkan itulah yang jelas pada minda kita.

TIPS: Banyakkan makanan bersumber kalsium dan tambahkan kekerapan pam sewaktu period untuk atasi masalah ini

3. Adakah anda kurang makan dan minum?

Bila ibu skip cara pemakanan yang sedia ada , tubuh ibu akan kekurangan nutrisi. Bila tubuh ibu kekurangan nutrisi, tubuh ibu akan sukar menghasilkan susu. Pengambilan air juga penting. Air merupakan salah satu komponen utama susu ibu. Kalau kering je badan kita, cemana pulak nak hasilkan banyak susu kan?

TIPS: untuk dapatkan susu yang pekat, banyakkan makanan berprotein seperti ikan, daging dan ayam. Jika anda mencari supplement untuk bantu pekatkan susu @ dikenali sebagai MILK BOOSTER, anda boleh dapatkan Energizing Soy Protein (ESP) dan Alfalfa Complex. Dan pastikan pengambilan air masak melebihi 3L sehari baru badan dan penyusuan berjalan dengan lancar

4. Anak dah mula ‘solid’

Bila anak dah mula ‘solid’, secara automatik anak akan kurang menyusu sebab dah mula kenyang dengan makanan selain susu.

TIPS: Ibu perlu tambah kekerapan sesi pam, lebih kerap dari sebelum anak mula solid untuk memastikan bekalan susu tidak putus dan pengeluaran susu sentiasa pada masanya melalui cara pum bagi mengantikan masa anak menyusu secara terus.

5. Ibu Stress

Emosi ibu berkait rapat dengan penghasilan susu. Bila ibu gembira, hormon oxytocin akan terhasil dan seterusnya ia akan merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Jika ibu stress, hormon oxytocin kurang, penghasilan susu akan terbantut dan susu menjadi sukar unutk keluar dan anak turus meragam mengikut emosi kita pada masa itu.

Jadi ibu-ibu, bila susu mula drop, kenali puncanya susu ibu kurang dan kenapa..Biasanya semuanya dari keadaan ibu sendiri. Kemudian boleh amalkan tips yang ada dalam blog ini juga...insyaallah semuanya pasti berubah seandainya para ibu konsisten dan mengikut tips yang ada...


Sebarang pertanyaan TEMPAHAN serta FREE consultant terus Hubungi ; 


1. LIKE fanpage  | Kedai Vitamin  |
    (anda mungkin bertuah memenangi hadiah dari saya dengan hanya perlu LIKE sahaja)

2. PM saya di fb | Linz Shopee  |

3. SMS/ Whatsapp saya | 017-5836865 |
4. Email | admin@ibuvitaminshop.com  | dinzlin@ymail.com |


No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger