Saturday, February 4, 2012

Tanggungjawab seorang atau bersama???

Masih tertanya-tanya sekian lama dulu dan kini...antara suami dan isteri masing-masing dengan tanggungjawab sendiri ataupun masih boleh dibuat berasa? ditambah pula sekarang dunia semakin moden...






Memandang wajah suami atau isteri pun sudah dapat pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.

Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:

“Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua.”

Ada juga yang berkata:

“Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin.”

Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?

Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahtera rumahtangga. Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan? Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama? Itu perlu ditanya pada diri sendiri. Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan? Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.

“Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat.” - (Imam Hasan al-Banna)

Firman Allah S.W.T:

“ Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa.” - (Surah Thaha: Ayat 132)

Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini. Ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.

Aku nikahkan Dikau …… dengan anak ku …..

“Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM….”

Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan.”

Berat bukan tanggungjawab seorang suami? Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger