Tuesday, January 31, 2012

Langsing dengan Menyusukan Anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Rata-rata wanita sekarang sedar akan kepentingan menyusukan bayi mereka sendiri..Bukan sahaja dapat memberi nutrisi yang secukupnya kepada bayi malah dapat melangsingkan badan juga..Saya kagum dengan supermodel Amber Chia yang bersungguh2 mahu menyusukan anaknya...Kalau supermodel yang sgt pentingkan ke'slim'an pun boleh buat..kenapa kita tidak?Semua IBU boleh melakukannya...


Dalam pada itu, kata Amber meski mahu tampil langsing dan mengekalkan bentuk badan menggiurkan, dia tidak mengabaikan tanggungjawab untuk menyusukan anaknya sendiri.
Menurut Amber, dia percaya bagi memberikan nutrisi terbaik untuk Ashton, susu ibu adalah pilihan yang paling berkhasiat.
"Sungguhpun sibuk dengan kerja, saya akan peruntukan waktu selama sejam sehari untuk mengepam susu demi Ashton.
"Malah, saya juga bercadang untuk terus menyusukan Ashton sehingga umurnya mencecah dua tahun," tuturnya tanpa berselindung.

Source: Berita Harian
 

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger