Sayangilah Hati-Hati Kecil Ini..
Baca pelan- pelan dan penuh
penghayatan..
Aku terlanggar seorang asing semasa
berjalan,
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”
Katanya “Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara”
Kami amat bersopan dan saling
menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu
pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang
tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan
malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur
secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir
melanggarnya jatuh,
Jerkahku, “Jangan buat kacau di
sini, pergi main jauh-jauh”
Dia berlalu pergi, hatinya hancur
luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya
kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil
mendengar musik,
Terdengar suara halus datang
membisik,
“Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang,
sering dimarah dan dicaci”,
“Cubalah kau pergi lihat di lantai
dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan
berterabur”,
“Itu adalah bunga-bunga dibawanya
untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru
dan unggu”,
“Dia berdiri senyap agar jadi
kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya
yang datang bertamu”,
Pada tika ini, aku merasa amat kecil
sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di
kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan
melutut di katil,
“Bangunlah, anakku, bangunlah si
kecil”
“Apakah bunga-bunga ini dipetik
untuk mak?
Dia tersenyum, “Adik terjumpanya
belakang rumah di semak”
“Adik memetiknya kerana ia cantik
seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari
ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu,
sebegini,
Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi
segala,
Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang
kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama
yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita
mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan
senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita
tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita
sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita
menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah
merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna “FAMILY” ?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I)
(L)OVE (Y)OU
Sekadar renungan untuk diri saya
sendiri dan anda semua.. Hargailah permata hati kita..
Credit to; PIICM
No comments:
Post a Comment