Sunday, June 2, 2013

Hamil : Baby Girl atau Baby Boy?

Ni part yang buat para ibu teruja sesangatkan..Bila hamil mesti nak tau baby girl atau baby boy.. betul kan? 

Tapi pengalaman saya dulu..suami tak nak tau jantina..biar lepas bersalin baru tau..so saya beli putih dan biru je..sebab saya pengemar warna biru ^________^ . Alhamdulillah..lepas bersalin sememangnya baby boy ^__^
 
 
Jantina bayi
Biru ke Pink?
 
Bagaimana kenali jantina mengikut orang kebanyakkan ?
 
1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. 

2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau. Bukan nipple ibu ataupun kakak atau abang si ibu..hehehe...

3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan.

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu.

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..

8) Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan

9) Melihat kepada response baby lelaki atau perempuan terhadap ibu yang mengandung. Katanya, kalau baby pompuan tu suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau baby pompuan tu tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..

Tak kisahlah lelaki ke perempuan...asal sihat semuanya....amin....
 
 
cc to; susuibu.com 
 

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger